MAKSUD ELEKTRIK
Elektrik ialah tenaga
Elektrik ialah pergerakan elektron dalam pengalir
Elektrik boleh didapati dalam dua bentuk arus iaitu arus terus dan arus ulang alik
Elektrik yang dibekalkan kerumah-rumah adalah sebanyak 220-240V dalam bentuk arus ulang
alik (AC/AU).
Di Malaysia elektrik dibekalkan oleh TNB (Tenaga Nasional Berhad).
SUMBER ELEKTRIK
i. Sel Kering ii. Sel Basah iii. Dinamo Basikal
Kaedah menghasilkan elektrik:
1. Melalui proses tindak balas kimia - contoh sel kering dan sel basah
2. Melalui tindak balas aruhan kemagnetan - contoh dinamo basikal dan janakuasa
3. Lain-lain seperti:
i. kuasa solar
ii. tindakan haba
Sel Kering
1. Sel kering menghasilkan voltan 1.5 volt
2. Dua sel kering yang disambungkan secara siri akan menghasilkan 3.0 volt
3. Arus elektrik yang dihasilkan oleh sel kering ialah arus terus (AT/DC)
4. Tenaga elektrik yang dihasilkan oleh sel kering adalah daripada hasil tindak balas kimia
5. Sel kering digunakan pada alatan elektrik mudah alih berkuasa rendah - seperti lampu
picit, jam loceng, alatan permainan
Bahagian Sel kering
A = Punca positif , B = Bekas zink , C = elektrolit , D = Batang karbon , E = Punca negatif
Sel Basah
1. Sel basah biasanya menghasilkan voltan 6.0 volt, 12 Volt dan 24 volt
2. Sel basah boleh dicas semula dengan alat pengecas bateri
3. Sel basah lebih dikenali sebagai bateri
4. Sel basah digunakan di dalam kenderaan seperti motor, kereta, lori dan bas
Bahagian sel basah
A = Plat positif (plumbum peroksida) , B= Terminal positif , C = Penyelang , D = Plat negatif(plumbum) , E = Elektrolit (Asid Sulfurik Cair)
Dinamo Basikal
1. Dinamo basikal menghasilkan voltan 6 volt - 12 volt
2. Arus elektrik yang dihasilkan oleh dinamo ialah arus ulang alik (AU/AC)
3. Tenaga elektrik yang dihasilkan oleh dinamo ialah hasil daripada aruhan kemagnetan
Bahagian Dinamo Basikal
Jenis-jenis sel
1. Sel Alkali
2. Sel merkuri
3. Sel lithium
4. Sel nikel kadmium
KEGUNAAN ELEKTRIK
i. Pengisar ii. Lampu Pendafluor iii. TV iv. Sterika v. Radio
1. Untuk menghasilkan :
i. cahaya
Contoh - lampu pendafluor, lampu pijar, LED
ii. bunyi
Contoh - Radio, siren, buzzer, loceng
iii. haba
Contoh - Pengering rambut, pembakar roti, seterika, cerek, ketuhar
iv. gerakan
Contoh - Kipas angin, pengisar, motor elektrik
v. isyarat elektronik
Contoh - kalkulator, pad permainan, komputer
WAYAR ELEKTRIK
1. Wayar kuprum beranemal
i. Digunakan untuk membuat gegelung elektrik
2. Teras tunggal
i. Digunakan dalam bidang elektronik
ii. Mampu mengalirkan elektrik kuasa sangat rendah
3. Teras kembar
i. Digunakan untuk alat elektrik kuasa rendah seperti lampu dan peti suara
ii. Untuk membuat sambungan ke punca negatif dan positif atau wayar hidup dan
wayar neutral sahaja
4. Kabel teras tiga
i. Digunakan untuk menyambung alatan elektrik berkuasa tinggi
ii. Untuk membuat sambungan ke punca hidup, neutral dan bumi
I = Wayar kuprum beranemal , II = Wayar teras tunggal , III= Wayar teras kembar ,
IV=Kabel teras 3
JENIS PLAG
1. Plag 2 pin
i. Digunakan untuk menyambung bekalan elektrik kepada alatan elektrik berkuasa
rendah
ii. Radio , TV, Pencukur
2. Plag 3 pin
i. Terdapat 2 jenis, plag 3 pin 13 ampere dan plag 3 pin 15 ampere
ii. Digunakan untuk menyambung bekalan elektrik kepada alatan elektrik berkuasa
tinggi
iii. Periuk nasi, ketuhar, peti sejuk, seterika mengunakan plag 3 pin 13 ampere
iv. Pendingin hawa menggunakan plag 3 pin 15 ampere
PENDAWAIAN PLAG 3 PIN 13 AMPERE
1. Alatan
I = Pena Ujian , II = Penjalur wayar , III = Pisau lipat
2.Bahan
i. Kabel teras 3
3. Langkah-langkah
i. Buangkan penebat kabel kira-kira 4 cm
ii. Jalurkan hujung ketiga-tiga wayar
iii. Pintalkan ketiga-tiga hujung wayar
iv. Buka penutup plag
v. Pasangkan teras pada tamatan mengikut kod wayar yang betul iaitu
Wayar coklat/hitam ---> tamatan hidup(L)
Wayar biru/merah -----> tamatan neutral (N)
Wayar hijau/hijau-kuning ------>Tamatan bumi (E)
vi. Tutup semula plag dan pasangkan skru
i. Simbol fius ii. Fius katrij iii. Fius dawai
1. Digunakan untuk memutuskan litar sekiranya berlaku litar pintas atau lebihan tenaga
elektrik
2. Memberi perlindungan kepada alatan elektrik daripada rosak dan terbakar
3. Unit ukuran fius ialah ampere
4. Terdapat dua jenis fius
a. Fius katrij - digunakan dalam plag 3 pin dan fius perkhidmatan rumah
1. Fius 13A
Digunakan dalam plag 3 pin 13 ampere
2. Fius 30A
Digunakan dalam fius perkhidmatan dalam sistem bekalan elektrik
domestik
b. Fius Dawai - digunakan dalam kotak agihan berfius dalam rumah
5. Kadar fius yang biasa digunakan ialah 5A, 10A, 13A dan 30A
6. Fius dibuat daripada aloi timah atau plumbum
LAMPU PIJAR DAN LAMPU PENDAFLUOR
i. Lampu pijar
1. Ciri-ciri lampu pijar
i. Menghasilkan cahaya kuning yang menyilaukan mata
ii. Cahayanya panas
iii. Meninggalkan bayang hitam
iv. Menggunakan kuasa elektrik yang banyak
2. Bahagian lampu pijar
i. Filamen = menyala dan mengeluarkan cahaya
ii. Gas argon = mencegah filamen daripada terbakar dan putus
iii. Sesuntuh = menyambung filamen ke punca elektrik
iv. Mentol kaca = melindungi gas argon dan filamen
ii. Lampu pendarfluor
1. Kelebihan Lampu pendaflour
i. Warnanya putih terang dan tidak menyilaukan mata
ii. Cahayanya sejuk
iii. Menjimatkan elektrik
iv. Tidak meninggalkan bayang hitam
2. Bahagian Lampu pendarflour
i. Tiub pendarfluor = berisi gas argon dan merkuri, menghasilkan cahaya ultra ungu
ii. Pemegang tiub = memegang pin elektrod
iii. Cok = membekalkan voltan tinggi
iv. Suis Penghidup = menghidupkan lampu
v. Perumah = tapak memegang bahagian-bahagian lampu yang lain